Hari Kantin Dan Keusahawanan 2012
Sabtu, 15 Sept 2012 - Buat julung-julung kalinya Unit Ko-kurikulum STaND telah berjaya menganjurkan Hari Kantin dan Keusahawanan yang telah berlangsung dengan penuh meriah. Acara perasmian pembukaan telah disempurnakan oleh Puan Warda Ismail, GPK Pentadbiran sebagai mewakili Tuan Pengetua yang tiada di sekolah kerana terlibat dengan Program Pementoran KPM.
Pebagai aneka makanan dan barangan yang dijual, tidak ketinggalan juga pelbagai permainan 'paint ball', rumah hantu dan lain-lain. Acara cabutan bertuah juga berjaya menyerikan dan menarik perhatian pelajar dan para pengunjung yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan