Majlis Penyampaian Sijil Pertandingan Laman Blog Iskandar Malaysia

Lokasi : Iskandar Malaysia Information Centre (IMIC), Danga Bay Convention Centre
Hari/Tarikh : Jumaat, 7 September 2012
Masa : 9.30am - 12.30pm


Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Penyertaan bagi Pertandingan Membina Laman Blog Iskandar Malaysia MSC Smart Schools 2012 
Jumaat,7 Sept 2012 - Majlis yang diadakan di Iskandar Malaysia Information Centre (IMIC) , Danga Bay Convention Centre ini bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai komitmen cemerlang yang ditunjukkan oleh sekolah-sekolah rendah dan menengah yang terlibat. Ia adalah bersempena dengan program IM MSC Smart School Capacity Enhancement yang melibatkan penyertaan dari 50 buah sekolah yang terpilih.  
    Ucapan pembukaan telah disempurnakan oleh Encik Yusof Safuan, Ketua Khidmat Korporat IRDA, diikuti acara penyampaian sijil penyertaan dan trofi iringan oleh beliau. YBhg Datuk Ismail Ibrahim, Ketua Eksekutif IRDA kemudiannya menyampaikan ucapan dan seterusnya menyampaikan hadiah utama kepada para pemenang.
     Daripada 50 buah sekolah menengah yang bertanding, SMK Taman Nusa Damai telah mendapat tempat ke 7. Sepuluh blog sekolah yang terbaik termasuk STAND , membawa pulang sijil penyertaan dan trofi iringan
     Tempat pertama kategori sekolah menengah dimenangi oleh SMK Kompleks Sultan Abu Bakar, tempat kedua SMK Impian Emas dan tempat ketiga SMK Mohd Khalid. Kategori sekolah rendah dimenangi oleh SK Taman Permas Jaya 2, tempat kedua SK Taman Cendana dan ketiga SK Taman Desa Skudai. Bagi setiap kategori, pemenang pertama mendapat hadiah wang tunai RM1000.00, kedua RM700.00 dan ketiga RM500.00.            

      Para peserta bergambar bersama Ketua Eksekutif IRDA (depan, berbaju melayu kelabu) 
selepas majlis penyampaian sijil dan hadiah.
      


















































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan