Majlis Iftar Jama'e & Solat Hajat Perdana PMR/SPM

Majlis Iftar Jama'e & Solat Hajat Perdana PMR/SPM
Tarikh : 14 Ogos 2012


Majlis Iftar Jama'e dan Solat Hajat Perdana PMR/SPM 2012

Selasa, 14 Ogos 2012 - Majlis yang bermula jam 6.30 petang dimulai dengan ceramah oleh penceramah jemputan Ustadz  Fakrul Razi bin Mohamad dari SMK Agama Johor Jaya, yang banyak menyampaikan tentang amalan-amalan yang dituntut sepanjang bulan Ramadhan. Kehadiran ramai ibubapa pelajar Tingkatan 3 dan 5 memeriahkan lagi suasana majlis.  Solat maghrib dilaksanakan selepas berbuka puasa, diikuti dengan solat hajat khas dan bacaan Yaasin untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM 2012. Selesai solat Isyak dan tarawikh, Tuan Pengetua menyampaikan ucapan ringkas diikuti dengan moreh. Majlis tamat sekitar jam 10.30 malam. 
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.




























































































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan